𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗶𝗸𝗮𝗹 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 (𝗨𝗧𝗲𝗠) telah mengadakan program tanggungjawab sosial (CSR) bersama murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dari SK Tun Syed Ahmad Shahabudin Sktunsas Tasik Utama. Program bertemakan “𝐏𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐤𝐢𝐭𝐚𝐫: 𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐚𝐠𝐚 𝐏𝐚𝐧𝐭𝐚𝐢 𝐊𝐢𝐭𝐚” ini berlangsung di Pantai Puteri, Tanjong Kling pada 𝟐𝟗 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟓.
Seramai 𝟓𝟕 𝐦𝐮𝐫𝐢𝐝 𝐏𝐏𝐊𝐈 𝐝𝐚𝐧 𝟏𝟓 𝐠𝐮𝐫𝐮 𝐒𝐊 𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 𝐒𝐡𝐚𝐡𝐚𝐛𝐮𝐝𝐢𝐧, 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝟗 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝟕 𝐬𝐭𝐚𝐟 𝐔𝐓𝐞𝐌 terlibat dalam aktiviti pembersihan pantai dan pembelajaran alam sekitar. Program ini dianjurkan oleh pelajar kursus 𝐁𝐊𝐊𝐌 𝟏𝟓𝟔𝟏 𝐁𝐮𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 dari Pusat Pembelajaran Bahasa (PPB) UTeM dengan sokongan Dekan PPB, Puan Nurlisa Loke Abdullah.
Tujuan program ini diadakan, adalah untuk:
Meningkatkan keyakinan diri & kemahiran sosial murid berkeperluan khas.
Memupuk nilai kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa.
Menggalakkan pendidikan inklusif melalui pembelajaran luar bilik darjah.
Program ini selari dengan 𝐌𝐚𝐭𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐦𝐩𝐚𝐧 (𝐒𝐃𝐆 𝟒: 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢) dan menunjukkan komitmen UTeM dalam memperkasa komuniti melalui inisiatif yang memberi impak positif.
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pusat Pembelajaran Bahasa 1446H
MAJLIS HI - TEA
KARNIVAL BAHASA
Hits: 1201
CeLL
Centre for Language Learning promotes communicative and intercultural competence in its curriculum. The aim is to empower students to use the target language in order to fully understand information, to express themselves orally and in writing and to communicate with native and non-native speakers of the language.